6-10/12/2021 国语 BM Tahun 1 Kump A

 

Selamat pagi kepada ibu bapa dan murid-murid.

Berikut adalah tugasan yang anda perlu lakukan pada minggu ini, diminta ibu bapa dan murid-murid memberi kerjasama. 


TOPIK: Perkataan KVKV

6-7/12/2021

Buka Modul Asas Literasi, membaca perkataan KVKV muka surat 31 dan menulis beberapa kali di atas kertas dengan masak sekali (ejaan boleh dijalankan oleh ibu bapa di rumah).
Imbas QR Code untuk memasuki video. 



8-9/11/2021

Baca Modul Asas Literasi muka surat 85 ayat 1-5 dan berlatih menulis di atas kertas. 
Baca berulang kali sehingga lancar sekali.



TOPIK: Perkataan KVKVKV

10/12/2021

Buka Modul Asas Literasi, membaca perkataan KVKVKV muka surat 54 dan menulis beberapa kali di atas kertas dengan masak sekali (ejaan boleh dijalankan oleh ibu bapa di rumah). Imbas QR Code untuk memasuki video. 




Arahan untuk ibu bapa:
1. Ibu bapa boleh membuka youtube dan taip "perkataan KVKV" / "ayat KVKV"untuk mengakses lebih banyak video.

2. Ibu bapa boleh menyebut perkataan dan anak menulis di atas kertas putih. Ibu bapa boleh mengetahui tahap anak melalui aktiviti ini.

3. Ibu bapa boleh membimbing anak menyebut dan menulis secara berulang kali untuk mengingati perkataan.

4. Ibu bapa sila melatih anak membaca bahan fotostat yang cikgu bagi di rumah.



-SELAMAT BELAJAR!-
Selamat Bercuti